Men Vs Women
Wednesday, 27 January 2010
Assalamualaikum wbt..
Men are from Mars,Women are from venus.
Sebuah buku yang amat-amat baik dan bagus untuk mereka yang ingin memahami sikap atau psikologi seseorang lelaki dan wanita. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang mahu mendirikan rumah tangga,ini sebuah buku yang terbaik agar anda lebih mengenali psikologi pasangan anda.
Dalam kehidupan bermasyarakat, kita hidup dalam sebuah dunia yang terbina daripada pelbagai bangsa,agama,budaya,masyarakat dan sebagainya. Paling kompleksnya kita terdiri kepada dua kelompok jantina yang sangat-sangat berbeza perwatakannya. Lelaki dan Perempuan.
Justeru itu,amatlah menjadi satu nilai tambah yang sangat-sangat diperlukan untuk kita hidup dengan harmoni tanpa sebarang persengketaan. Kita perlulah saling mengenali psikologi masing-masing. Lelaki perlu memahami perempuan dan perempuan juga perlu mengenali lelaki. Yang dimaksudkan adalah mengenali secara psikologinya.
"bacalah buku Men are from mars,Women are from venus karangan Dr. John Gray" kata Us Hasrizal.
"Kenapa ustaz tidak menyuruh saya membaca buku-buku islamik tentang kekeluargaan seperti etc.?" tanya muridnya.
"kalau awak sudah tahu apa yang patut awak baca, kenapa masih bertanya saya?"
Apa yang saya dapat simpulkan di sini ialah, jika secara logiknya,us hasrizal boleh menyuruh beliau membaca buku-buku islamik tetapi us hasrizal lebih menyarankan buku berbentuk psikologi..mengapakah?
Mudah sahaja,dalam konteks ini, berkahwin bukan sahaja memerlukan ilmu-ilmu kekeluargaan malah ia lebih memerlukan kepada ilmu mengenal hakikat diri pasangan masing-masing!! Itu adalah dua ilmu yang amat-amat berlainan. Ramai mereka yang mempunyai ilmu kekeluargaan yang mantap tetapi amat sedikit mereka yang mempunyai ilmu psikologi. Mungkin inilah sebabnya perceraian dikalangan mereka yang daripada gerakan haraki semakin meningkat.
Jadi, mengapakah tidak kita praktikkan ilmu psikologi ini ke dalam kehidupan seharian kita? Apabila kita berurusan dengan mereka yang berlainan jantina pastinya mempunyai emosi berbeza, perwatakan berbeza, cara berfikir yang berbeza dan banyak lagi perbezaannya di antara perempuan dan lelaki ini.
Kesimpulannya, Ingatlah Betapa Berbezanya Kita!!
Men are from mars,women are from venus.They are at odd with each other. Martians and Venusians forgot that they were from different planets and were supposed to be different.
So, Please Keep Remembering our Differences!!
Read more...











